Tip Menaja Downline
Saya rasa ini yang menjadi masalah kepada pengiat baru yang menyertai perniagaan Multi Level Marketing (MLM) khusunya di Malaysia. Mana taknya, dengar je perniagaan ni berkonsepkan MLM, dalam hati kata ‘alahai, kena cari orang bawah lah ni’.
Seperti saya sendiri masa mula-mula mencerburi perniagaan MLM, saya juga pernah mengeluh kerana tidak boleh meyakinkan bakal downline 100%. Tetapi saya ambil setiap kegagalan itu untuk saya kaji & pertingkatkan kekurangan pada diri saya. Di sini saya akan dedahkan cara macam mana hendak menaja downline kaedah offline? Sebenarnya, kemahiran untuk menaja downline, perlu dipraktikkan apabila anda sudah matang dalam sesuatu perniagaan. Antara persiapan yang perlu anda lakukan sebelum berjumpa dengan bakal downline anda :
- Berpengetahuan luas mengenai syarikat MLM yang anda sertai. – Misalnya, Sudah berapa tahun ditubuhkan? Siapakah pengasasnya? Produk yang dijual dan lain-lain.
- Sudah mahir dengan selok belok pelan pemasaran. – Menerangkan setiap peringkat pangkat & bonus.
- Bawalah Starterkit atau Guideline Lengkap. – Untuk diberikan kepada bakal downline anda.
- Contoh Testimonial & Pendapatan Agent yang telah berjaya. - Sebagai bukti & untuk meyakinkan bakal downline anda.
- Jika anda mempunyai video atau slideshow, bawa sekali komputer riba supaya bakal downline merasa lebih yakin dan mempercayai perniagaan anda.
Setelah 5 perkara tersebut sudah di dalam gengaman anda, maka anda perlu tahu cara untuk mendekati bakal downline anda. Berikut adalah cara-cara yang membuatkan anda berjaya menaja downline baru :
- Bertenang. Jangan terus bercerita mengenai perniagaan ini. Seelok-eloknya, bertanya perihal keluarga, menjana pendapatan tambahan. Kecuali anda sememangnya di undang untuk memberi penerangan mengenai perniagaan anda.
- Anda boleh berjumpa dengan bakal downline anda di mana-mana. Tetapi bagi saya, pilih tempat yang tenang dan tiada gangguan (seperti di rumah, di kedai persendirian). Supaya perbincangan anda mencapai kejayaan 100%. Jika anda berada yang bising dan ramai orang (mapley, restoran yang ada tv besar dan lain-lain), bakal downline anda tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian, tambahan pula pelan pemasaran perniagaan yang merumitkan mereka. Jika mempunyai banyak gangguan, mungkin pelawaan anda untuk menyertai MLM ini akan ditolak
- Beri penerangan secara perlahan-lahan dan ringkas kerana bakal downline anda masih baru untuk mengenali perniagaan ini. Mulakan dengan menceritakan perihal syarikat, kemudian produk dan akhir sekali pelan pemasaran. Terangkan mengenai bonus, faedah, pengiraan keuntungan dan sebagainya.
- Tekankan faedah menyertai dan membeli produk syarikat ini. Apa yang mereka akan dapat sekiranya mereka berada di tahap itu dan ini.
- Yang paling penting, jangan sesekali memaksa bakal downline anda untuk menyertai perniagaan anda. Jika buat kali pertama anda tidak berjaya, beri laluan untuk dia berfikir, dan datang kembali bila mereka memerlukan bantuan.
Bagaimana anda ingin mengenal pasti bahawa bakal downline berbakat dan berdaya maju? Ajukan soalan-soalan ini kepada mereka:
- Sanggupkah awak menunggu sehingga 3 bulan sambil berusaha, barulah anda melihat hasil perniagaan anda seperti bonus RM1,000 sebulan?
- Mampukah awak mendapatkan paling kurang 5 orang rakan/saudara-mara anda yang benar-benar berminat berniaga?
- Adakah awak rela mengorbankan RM XXXX.XX sebagai modal asas perniagaan ini termasuk membayar yuran keahlian?
- Sanggupkah awak mengorbankan masa selesa awak selama 2-3 jam sehari untuk perniagaan ini?
- Sanggupkah awak menerima tunjuk ajar biarpun daripada rakan kongsi kami yang paling muda?
Jika mereka memberikan jawapan positif terhadap semua soalan itu, yakinlah bahawa mereka akan menjadi downline anda yang bakal menyerlah. Selamat berjaya
Masih lagi mencari-cari dan ingin menyertai perniagaan MLM yang terbaik? Hubungi saya untuk mendapat penerangan lanjut atau anda boleh klik banner di bawah:

No comments yet.
